[Video] Lelaki tumbuk abang bomba positif dadah - pakdin.my

Kajang: Lelaki yang menumbuk anggota bomba ketika operasi memadamkan kebakaran kereta di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn di sini, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 30-an disahkan positif hasil ujian saringan awal dilakukan.

Katanya, individu itu yang juga pengurus acara di Kuala Lumpur mengaku sebagai pemilik kereta Proton Persona yang terbakar selepas terbabit kemalangan.

“Kejadian berlaku jam 10.40 pagi ketika anggota bomba sedang memadamkan kebakaran kereta yang terbabit kemalangan. Suspek meluru ke tempat kejadian dan mahu menghampiri keretanya.

“Pegawai bomba yang bertugas memberikan arahan supaya suspek bertenang dan memberikan kerjasama, namun dia menjadi agresif dan secara tiba-tiba meluru ke arah anggota bomba lalu menumbuk lengan kiri.

“Suspek kemudian berjaya ditahan dengan bantuan anggota bomba lain dan orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk permohonan reman, esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 186/353 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 susulan kemalangan yang berlaku.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730.

https://youtu.be/cWrxYMHH_G8

Rujukan:

[Video] Apa masalah kau tumbuk abang bomba?
https://pakdin.my/video-apa-masalah-kau-tumbuk-abang-bomba/

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar
https://pakdin.my/proton-persona-dipandu-gila-sebelum-terbakar/

UTAMABERITA Lelaki tumbuk abang bomba positif dadah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium