BERITAPOLITIKUMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang susah akibat hambatan ekonomi dapat diutamakan.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan bahawa UMNO mendukung kerajaan Perikatan Nasional, dan mengarahkan semua kepimpinan parti “dalam Kabinet” memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha membantu rakyat.

Berikut adalah Kenyataan media Penuh Presiden UMNO

Saya ingin menekankan beberapa pendirian UMNO sebagaimana berikut:

l. Melakukan gencatan politik (political ceasefireJ bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dan kegelisahan akibat harnbatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

2. Mendokong Kerajaan Perikatan Nasional dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.

3. Mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada dalam kabinet ketika ini memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik Covid- 19.

4. Kerjasama semua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid- 19 dan ketidaktentuan ekonomi negara.

Rujukan:
https://pakdin.my/pertemuan-pemimpin-pn-gagal-hasilkan-keputusan/”

Muhyiddin selesai berunding dengan UMNO malam tadi

UMNO Pertimbang Keluar Kerajaan Perikatan Nasional

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami