BERITATak perlu isytihar darurat, kata Agong

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di mana-mana bahagian dalam negara ini sekarang.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keputusan itu dibuat Agong selepas berbincang dengan raja-raja Melayu dan melihat situasi semasa di dalam negara.

“Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika menghadap Sultan Abdullah di Kuantan Jumaat lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memohon Agong mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150(1) dan 150(2) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi Covid-19.

Tetapi, katanya, Agong percaya dengan keupayaan kerajaan pimpinan Muhyiddin melaksanakan dasar dan penguatkuasaan bagi membendung penularan Covid-19.

Beliau berkata, Agong mengingatkan ahli politik berhenti berpolitik bagi mengelakkan kestabilan negara terjejas.

“Sultan Abdullah turut berpendapat tiada perlunya ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada.”

Katanya, Sultan Abdullah turut menegaskan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini amat penting kepada rakyat dalam menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan petugas barisan depan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Baginda menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengetepikan segala perbezaan dan perbalahan.

“Bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa membendung Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai,” katanya yang yakin dengan semangat perpaduan dan juang tinggi rakyat.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Ucapan Muhyiddin diganggu, suasana himpunan Bersatu bertukar kecoh

Muhyiddin beri bayangan ‘PN Plus’ menjelang PRU16

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami