Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu - pakdin.my

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di laman sosial dengan melaporkannya kepada penyedia platform berkenaan.

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berkata orang ramai boleh menangani kewujudan akaun yang diragui ketulenannya dengan membuat laporan melalui ruangan Laporan Akaun Palsu yang disediakan pihak penyedia platform media sosial.

“Penelitian dan tindakan lanjut akan dilakukan selepas laporan dibuat berdasarkan pelanggaran Piawaian Komuniti yang ditetapkan.

“Tindakan ini perlu bagi mengelakkan berlakunya penyebaran kandungan tidak baik seperti berita yang mengelirukan, ucapan kebencian dan kandungan berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Jabatan Komunikasi Korporat SKMM berkata, adalah penting untuk orang ramai menjadi pengguna bertanggungjawab dengan mengamalkan penggunaan internet secara berhemah sekali gus mengelak daripada menjadi mangsa akaun palsu atau penyalahgunaan rangkaian media sosial.

Katanya, mencegah akaun palsu adalah salah satu cara untuk menghentikan penyalahgunaan dan perlindungan lain juga harus diberikan sebaik sahaja kandungan dihasilkan dan interaksi berlaku dengan akaun palsu ini.

“Penyedia platform media sosial sememangnya giat mengimbas dan mengesahkan ketulenan akaun pengguna namun masih wujud ketirisan daripada pihak mereka.

“Ini kerana kadang kala pada mulanya akaun ini tidak menunjukkan tanda palsu atau berniat jahat

menyebabkan penyedia platform hanya memberikan keraguan munasabah sehingga pemilik akaun palsu menunjukkan tanda aktiviti tidak baik, ” katanya.

Katanya, penyedia platform akan menemui akaun ini apabila sistem pengesanan mereka mengenal pasti tingkah laku yang tidak baik atau jika ada pengguna yang melaporkannya kepada mereka

“Jadi pengguna perlu sentiasa berwaspada, menjauhi kewujudan akaun palsu dan memainkan peranan melaporkannya, ” katanya.

UTAMABERITAPengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium