HSBC perluas bantuan kepada pelanggan dan perniagaan terkesan akibat COVID-19 - pakdin.my

HSBC Bank Malaysia dan HSBC Amanah Malaysia akan memperluaskan program bantuan kewangan kepada individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia Stuart Milne berkata bantuan itu adalah untuk pelanggan runcit individu atau pasangan mereka yang dikategorikan sebagai golongan B40 dan telah berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta pelanggan runcit individu yang kehilangan pekerjaan kerana pandemik itu baru-baru ini.

Ia juga merangkumi perusahaan mikro dan PKS yang terkena secara langsung terkesan kerana mereka tidak dapat beroperasi semasa Sekatan Pergerakan Penuh.

Beliau berkata pelanggan yang layak boleh memohon program dan memilih sama ada penangguhan selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan hingga 50 peratus selama enam bulan.

“Semua pelanggan runcit dengan pendapatan mereka berkurangan juga boleh memohon pengurangan ansuran bulanan selama enam bulan,” katanya.

“HSBC Malaysia akan terus berunding dengan Bank Negara Malaysia, menilai inisiatif khusus yang membolehkan pelanggan dan perniagaan mengharungi cabaran kewangan mereka sambil membolehkan mereka fokus untuk melalui tempoh sukar ini,” katanya.

UTAMAEKONOMIHSBC perluas bantuan kepada pelanggan dan perniagaan terkesan akibat COVID-19

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium