Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam - pakdin.my

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan pagi di Bursa Malaysia hari ini atas aktiviti pengambilan untung setelah melonjak tinggi semalam berikutan pengumuman syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu melantik firma audit Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd (EY) sebagai penilai bebas untuk menilai ketepatan perkara yang diketengahkan oleh juruaudit luaran KPMG.

Pada 10.27 pagi hari ini, harga saham Serba Dinamik turun enam sen atau 8.05% kepada 68.5 sen. Saham Serba Dinamik adalah sekuriti yang paling aktif diperdagangkan Bursa setakat ini, dengan 294 juta unit bertukar tangan. Semalam, harga saham syarikat ditutup naik 14 sen pada 74.5 sen.

Selain daganagan aktif saham Serba Dinamik di Bursa semalam kesan pengumuman pelantikan EY, pemfailan berasingan mengenai pelantikan tiga pengarah bebas juga boleh menyebabkan kenaikan harga saham itu semalam.

Pada Jumaat lalu, syarikat itu melantik Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, Masleena Zaid dan Johan Mohamed Ishak sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif syarikat itu, yang menawarkan penyelesaian kejuruteraan kepada industri termasuk minyak dan gas (O&G) selain sektor penjanaan elektrik syarikat tersebut.

Hari ini, penganalisis Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Low Jin Wu menulis dalam catatan beliau bahawa HLIB percaya pelantikan EY dan tiga pengarah bebas adalah langkah positif untuk Serba Dinamik kerana ia menunjukkan keyakinan kepada pemegang saham.

Untuk rekod, isu membabitkan pertikaian antara Serba Dinamik dan KPMG ini sudah berlarutan memasuki minggu ketiga dimana wujudnya transaksi meragukan berjumlah lebih RM3 bilion yang dibangkitkan oleh firma audit luaran tersebut.

UTAMAEKONOMISaham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium