BERITAKanak-kanak terperangkap dalam kereta diselamatkan

Kanak-kanak terperangkap dalam kereta diselamatkan

SEREMBAN — Seorang bapa berdepan detik cemas apabila anak perempuannya berusia setahun lapan bulan terperangkap di dalam kereta hampir 10 minit dalam kejadian di Taman Negeri Port Dickson, dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan kira-kira 7.58 pagi.

“Difahamkan, bapa kanak-kanak terbabit keluar sekejap daripada kereta dan tidak menyedari keretanya terkunci secara ‘auto lock’, ketika kejadian kanak-kanak itu sedar dan berada dalam keadaan cemas.

“Kami menggunakan peralatan khas ‘air cushion automatic entry’ untuk membuka kunci bahagian dalam pintu kereta sebelah pemandu. Tiada kecederaan kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat dan operasi terbabit ditamatkan kira-kira 8.15 pagi.

— BERNAMA

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Jasad kanak-kanak lelaki lemas di Sungai Bernam, Dekat Kampung Sungai Nilam ditemui 300 meter dari tempat jatuh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami