UtamaEKONOMIKDNK Singapura tumbuh 14.3...

KDNK Singapura tumbuh 14.3 peratus pada suku kedua 2021 – MTI - pakdin.my

Ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan 14.3 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2021 iaitu lanjutan pertumbuhan 1.3 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.

Dalam kenyataan mengenai unjuran awal yang dikeluarkan hari ini, MTI berkata pertumbuhan lebih kukuh itu disumbangkan terutamanya oleh kesan asas lebih rendah pada suku kedua 2020 apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susut 13.3 peratus berikutan pelaksanaan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 pada 7 April-1 Jun, 2020.

Sebahagian besar daripada unjuran awal KDNK bagi suku kedua 2021 itu mewakili data dalam tempoh dua bulan pertama suku berkenaan iaitu April dan Mei 2021.

Menurut kementerian itu, KDNK bagi suku kedua 2021 kekal 0.9 peratus di bawah paras sebelum pandemik pada suku kedua 2019.

Bagi asas pelarasan suku ke suku, ekonomi Singapura menguncup 2.0 peratus pada suku kedua 2021 selepas mencatat pertumbuhan 3.1 peratus dalam suku sebelumnya.

Dari segi prestasi sektor, MTI berkata sektor pembuatan berkembang 18.5 peratus bagi tahun ke tahun dalam suku di bawah kajian tersebut yang meneruskan pertumbuhan 11.3 peratus dicatatkan sebelum ini.

“Pertumbuhan itu disokong oleh pengembangan output dalam semua kluster kecuali pembuatan bioperubatan,” katanya.

Sektor pembinaan tumbuh 98.8 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2021 iaitu peningkatan berbanding penguncupan 23.1 peratus dalam suku sebelum ini.

“Peningkatan ketara itu disebabkan oleh kesan asas yang rendah apabila pelaksanaan sekatan pemutus rantaian tersebut menyebabkan penutupan sementara semua aktiviti pembinaan dalam suku kedua tahun lepas,” katanya.

Menurut MTI, nilai tambah bagi sektor itu kekal 31.6 peratus di bawah paras sebelum pandemik suku kedua 2019.

Bagi sektor perkhidmatan, dagangan borong dan runcit serta pengangkutan dan penyimpanan berkembang 9.3 peratus pada suku kedua 2021, sekali gus mengatasi penguncupan 1.7 peratus dalam suku sebelum ini.

Sektor maklumat dan komunikasi, kewangan dan insurans serta perkhidmatan profesional meningkat 7.8 peratus pada suku kedua 2021 dan meneruskan pertumbuhan 3.2 peratus pada suku sebelumnya.

Kumpulan sektor perkhidmatan lain seperti penginapan dan makanan, hartanah, perkhidmatan pentadbiran dan sokongan serta lainnya, meningkat sebanyak 13.4 peratus dalam suku di bawah kajian berbanding penguncupan 3.8 peratus dalam suku sebelum ini.

Kementerian itu akan mengumumkan unjuran awal KDNK bagi suku kedua 2021 termasuk prestasi sektor-sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, penggajian dan produktiviti menerusi laporan Tinjauan Ekonomi Singapura pada Ogos 2021.

— BERNAMA

Berkaitan

Baca Juga

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...