Perang Covid-19 dengan #kitajagakita, bukan pakai rotan, kata doktor pakar - pakdin.my

Cara untuk menang dalam peperangan mengekang pandemik Covid-19 adalah dengan menjaga satu sama lain dan bukannya menggunakan rotan, kata seorang petugas barisan hadapan.

Pakar jantung Dr Beni Rusani berpendapat sedemikian selepas pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mahu hukuman dikenakan terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) tanpa mengira pangkat dan darjat.

“Terima kasih kepada jururawat yang memeriksa penutup leher saya selepas gambar ini.

“Kita boleh menang perang ini dengan menjaga satu sama lain, bukan pakai rotan,” catatnya di Twitter.

Muhyiddin dalam nada gurauan semasa perutusan khas semalam berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Petugas barisan hadapan dari agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat awam untuk memastikan pematuhan. Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan,” katanya.

Kes positif Covid-19 terus meningkat kepada 691 kes, jumlah tertinggi setakat semalam, umum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala empat kematian dilaporkan, salah seorangnya bayi perempuan berusia setahun di Semporna, Sabah.

UTAMABERITAPerang Covid-19 dengan #kitajagakita, bukan pakai rotan, kata doktor pakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium