PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Pemilik Kilang Atasi Nyawa…? ‘Crony Capitalism’ Harap Tidak Berlaku Di Malaysia – Ahmad Maslan

    Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan kekesalannya akibat angka jangkitan COVID-19 yang masih tinggi dengan angka kematian hari ini sebanyak 199 orang dilaporkan iaitu angka tertinggi dicatatkan sejak pandemik ini melanda negara.

    Justeru tegasnya, ‘crony capitalism’ diharap tidak berlaku di Malaysia.

    “Namun jangan kepentingan kapitalis, seperti pemilik kilang mengatasi nyawa rakyat,” ujarnya menerusi ciapan dalam Twitternya.

    Beliau berkata demikian ekoran peningkatan kes jangkita COVID-19 yang tinggi masih dikaitkan dengan jangkitan di tempat kerja iaitu melibatkan 17 kluster, hari ini.

    “Di kampung saya, cucu kerja kilang mendapat COVID-19 telah sebabkan keluarganya dikuarantin. Akibatnya nenek juga dijangkiti COVID-19 dan meninggal dunia hari ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pontian.

    Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan dapat bertindak tegas terhadap kilang-kilang yang telah mewujudkan kluster COVID-19 di tempat kerja.

    “Saya cadangkan agar tutup kilang yang tak patuh SOP, tutup semua kilang selama 16 hari di seluruh negara, vaksinasi dua dos semua pekerja untuk kilang boleh operasi dan benarkan kilang beli dan urus vaksin sendiri. Agensi berkaitan kawal ketulenan vaksin,” katanya lagi.

    Dilaporkan, dalam tempoh 24 jam lepas, Malaysia mencatatkan kes baharu COVID-19 sebanyak 11,985 kes, dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 5,550. Terdapat 30 kluster baharu dikesan melibatkan 17 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster keagamaan dan satu kluster pendidikan tinggi, menjadikan jumlah kluster aktif kini 931 kluster. – UMNO Online

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah