BERITAAnggota TDM tolak vaksin boleh dikenakan tindakan tatatertib - Markas TDM

Anggota TDM tolak vaksin boleh dikenakan tindakan tatatertib – Markas TDM

Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menolak vaksin COVID-19 boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap, menurut kenyataan Markas TDM hari ini.

Kenyataan itu meyebut pihak TDM mengambil maklum terhadap laporan oleh sebuah portal berita yang tular bertajuk “Sarjan tentera dipecat kerana tolak vaksin COVID-19, hilang pencen”, membabitkan anggotanya Sjn Wan Ramly Wan Seman.

Menurut kenyataan itu, pengambilan suntikan vaksin bagi anggota TDM adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan kecuali kepada anggota yang tidak layak menerima vaksin.

“Pengambilan vaksin dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota TDM hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, mendedahkan mereka dengan jangkitan COVID-19.

“Ini juga bertujuan mendokong hasrat dan aspirasi kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok, seterusnya memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19 di negara ini,” menurut kenyataan itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami