MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

UMNO minta segerakan penubuhan RCI siasat pendedahan Tommy Thomas

Kerajaan perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan.

Perkara itu antara beberapa panduan utama dibincang dan dipersetujui bersama pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Naib Presiden UMNO.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain itu, kerajaan juga perlu terus menggunakan jenama ‘Keluarga Malaysia’ dan Kerajaan Malaysia serta tidak lagi menggunakan penjenamaan Kerajaan Perikatan Nasional.

“Ini memandangkan kerajaan ini merupakan kerjasama politik longgar antara Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS), Perikatan Nasional (PPBM, PAS dan STAR), GPS dan PBS,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Ahmad Zahid berkata UMNO mendukung penuh pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan akan membantu beliau bagi memastikan kelancaran perjalanan pentadbiran kerajaan.

“Kerajaan baharu ini hendaklah segera memfokuskan usaha untuk menangani pandemik dan proses vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok yang mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan virus,” katanya.

Ahmad Zahid berkata UMNO mesti menjadi pelopor kepada usaha reformasi institusi dalam pelbagai cabang kerajaan termasuk mewujudkan Parlimen yang lebih efisien, pentadbiran telus dan bersih, pendanaan politik, Akta Anti Lompat Parti serta campur tangan politik dalam pelbagai institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO itu bermula pada 8.30 malam dan merupakan yang pertama diadakan selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos lepas.

Antara yang hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Berkaitan

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

Terkini

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

Adakah seorang jurutera yang cuai bertanggungjawab melumpuhkan Heathrow?

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag
Berkaitan
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00