BERITASebanyak 2.89 juta dos vaksin COVID-19 akan dibekal ke Sabah bulan ini...

Sebanyak 2.89 juta dos vaksin COVID-19 akan dibekal ke Sabah bulan ini – Khairy

KOTA KINABALU — Sebanyak 2.89 juta dos vaksin COVID-19 akan dibekalkan ke Sabah bulan ini dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata dengan penghantaran bekalan vaksin itu, kerajaan yakin Sabah akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi harian kepada 60,000 dos hingga 70,000 dos sehari seterusnya mencapai sasaran 60 peratus penduduk divaksin menjelang akhir bulan ini.

“Kita masih lagi berpegang kepada sasaran 60 peratus penduduk dewasa Sabah akan lengkap vaksinasi pada akhir September ini dan 80 peratus penduduk dewasa Sabah akan lengkap vaksinasi pada akhir Oktober seperti sasaran nilai ambang ditetapkan.

“Bagi mencapai sasaran tersebut kita akan perbanyakan program ‘mobile outreach’. Kerajaan negeri (Sabah) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan merancang lebih 130 program outreach dalam bulan September dan Oktober ini,” katanya pada sidang media di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu beliau dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mempengerusikan bersama Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Negeri Sabah di sini.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami