Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

#PRNMelaka: Awas janji palsu PH sedang berkeliaran, pesan Ahmad Zahid- pakdin.my

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpesan kepada rakyat negeri Melaka agar berhati-hati dengan janji-janji palsu yang sedang berkeliaran di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, Pakatan Harapan (PH) datang lagi dengan janji-janji manis barunya dan terdapat banyak perkara yang sangat mengelirukan dalam janji mereka kepada rakyat Melaka kali ini.

“Mahu menggubal enakmen anti-lompat parti bagi menjamin kestabilan kerajaan, tetapi inilah parti yang mengiktiraf `katak berprinsip’. Mahu mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang setaraf Exco, tetapi inilah parti politik yang memperkecilkan peranan Ketua Pembangkang semasa menjadi kerajaan.

“Mahu memberi hak peruntukan tahunan setara kepada setiap ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) tanpa mengira parti, tetapi merekalah yang menafikan hak itu semasa berkuasa sebagai Kerajaan Persekutuan.

“Mahu mewujudkan peluang pekerjaan baharu di PBT (pihak berkuasa tempatan) dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), tetapi inilah parti yang pernah kata saiz perkhidmatan awam negara terlalu besar dan patut dikurangkan,” bidasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas Ahmad Zahid, realitinya inilah antara yang baharu dijanjikan mereka, tetapi terbukti dilaksanakan secara ‘vice versa’ sepanjang 22 bulan mentadbir negara.

“Bukan mahu mengungkit, tetapi ia ‘case study’ yang wajar dijadikan rujukan oleh pengundi Melaka dalam menilai janji-janji bulan dan bintang.

“Seperti dikatakan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan cukup-cukup sudah terpedaya dengan janji tidak munasabah dan tidak realistik,” katanya lagi.

Justeru, Ahmad Zahid menyeru rakyat negeri itu baca dan nilai manifesto BN bagi PRN Melaka maka pasti akan mendapati ia suatu yang jujur, ‘real’ serta berpijak di bumi yang nyata.

“BN buat apa BN janji kepada rakyat terbukti sejak sekian lama. BN malah ada ‘track record’ pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan iltizamnya.

“Namun malangnya pada PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) bersamaan 9 Mei 2018 ia telah dikaburi dengan fitnah dan pernainan persepsi mereka yang sangat rakuskan kuasa.

“Sehingga telah memperdayakan rakyat dan Insya-Allah rakyat tidak terpedaya lagi. Orang Melaka akan buktikan,” tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Tambah Ahmad Zahid, kini semakin hampir dengan tarikh mengundi dan beliau amat yakin rakyat seluruh negeri Melaka sudah kenal dan faham apa yang mereka harus undi nanti.

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.