Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKBanjir jadi alat mainan...

Banjir jadi alat mainan terbaru politik cantas Umno-PPBM? - pakdin.my

Persepsi Putrajaya lewat bertindak membantu mangsa banjir, khususnya di Lembah Klang dilihat mencetuskan “ribut” baharu dalam hubungan Umno-PPBM dan mungkin mempengaruhi ‘timing’ PRU15.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno dilihat menjadi sasaran kritikan pemimpin Bersatu, kurang lima bulan setelah Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dijatuhkan oleh kalangan pemimpin Umno sendiri.

Kritikan terbuka dilontar oleh Ketua Penerangan PPBM sendiri, Wan Saiful Wan Jan, tiga hari lalu. Beliau ‘meminta’ Ismail lebih aktif dalam mengetuai penyelarasan operasi bantuan banjir.

Wan Saiful berkata, banjir adalah bencana besar dan tanggungjawab utama membantu rakyat mestilah diletakkan di atas bahu Perdana Menteri.

Namun kritikan itu mengundang kemarahan pemimpin veteran Umno Nazri Aziz yang menyifatkan Wan Saiful “bangang” dan tidak tahu struktur pentadbiran kerajaan.

Beliau membayangkan kritikan Wan Saiful terhadap Ismail juga cubaan licik untuk melindungi Menteri dari PPBM, Abdul Latiff Ahmad, yang bertanggungjawab atas NADMA yang dikritik kerana dilihat lembab dalam tugasan membantu mangsa banjir.

Penganalis melihat teguran terbuka Wan Saiful dan balasan spontan Nazri mencerminkan perang Bersatu-Umno masih panas.

Menurut Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM), kalangan pemimpin PPBM mungkin menggunakan isu banjir untuk “membalas dendam” terhadap Umno atas kejatuhan Muhyiddin sebagai perdana menteri Ogos lalu.

“Perang antara Saiful dan Nazri mendedahkan karakter sebenar sebahagian ahli politik kita. Keutamaan mereka, hatta ketika nyawa rakyat menjadi pertaruhan sekalipun, adalah menjaringkan markah politik menentang pesaing politik mereka.

“Lebih menyedihkan apabila ini berlaku dalam kalangan sesama ahli politik gabungan parti pemerintah,” katanya, merujuk kepada penglibatan dua parti itu dalam kerajaan Keluarga Malaysia Ismail.

Muhyiddin sebelum ini dikritik teruk oleh pimpinan utama Umno, termasuk Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, dan Najib Razak atas kegagalan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional menangani wabak Covid-19 secara berkesan.

Pandemik itu mencetuskan krisis ekonomi dan kesihatan dengan ribuan warga Malaysia hilang pekerjaan atau gaji mereka dipotong.

Walaupun Muhyiddin menyalurkan berbilion ringgit menerusi pelbagai skim bantuan, beliau terus terpalit dengan jumlah kenaikan kes dan masalah ekonomi yang berterusan.

Pada kali ini, Ismail dilihat sebagai wajah kerajaan yang dituduh lembab menangani banjir teruk yang melanda Lembah Klang serta beberapa negeri termasuk Pahang.

Ribuan mangsa terkandas di rumah digenangi air beberapa meter dengan puluhan penduduk maut dan kerosakan harta benda dianggarkan berbilion ringgit.

“Pemimpin Bersatu menggunakan banjir untuk membuktikan Umno tidak kompeten, pemimpin Umno begitu juga sebaliknya. Sampai bilakah ini akan berakhir? Dalam masa rakyat terlalu mengharapkan pemimpin politik turun padang menangani kebajikan rakyat selepas bencana alam, politikus ini sibuk menghidu peluang mengeksploitasi tragedi banjir ini untuk mempengaruhi tarikh PRU,” kata Fauzi lagi.

Sebelum banjir teruk melanda minggu lalu, Ismail sudah pun dikatakan tidak cenderung mengadakan PRU awal. Malah, beliau mendapat sokongan kalangan Umno bahagian untuk terus menjadi PM sehingga tamat penggal kerajaan pada Mei 2023.

Namun ada pemimpin tertinggi Umno sendiri, pemimpin seperti Zahid mahu PRU diawalkan tetapi desakan itu lahir daripada kemenangan besar Umno pada pilihan raya negeri Melaka Okt lalu.

Namun, Fauzi berkata, dengan imej kerajaan pimpinan Ismail agak tercalar kerana isu banjir, Umno sendiri berkemungkinan mahukan PRU15 dilengahkan atau setidak-tidaknya apabila program bantuan kerajaan untuk mangsa banjir dilihat berhasil.

“Rakyat sememangnya banyak yang rasa marah terhadap kerajaan, termasuk kepada Perdana Menteri sendiri atas isu banjir ini. Namun ia mungkin simptom kegagalan satu generasi politik dan sistem penyampaian sumber waktu krisis, dan bukannya berkisar mengenai Umno dan Bersatu sahaja.

“Semua lapisan ahli politik perlu meminta maaf kepada rakyat, tanpa cuba melindungi kawan-kawan dari parti sendiri. Tambahan pula MOU antara kerajaan dengan PH sedang berjalan. Wakil rakyat PH kawasan yang teruk dilanda banjir juga bercuti ke luar negeri, bukan menteri Umno, Bersatu dan PAS sahaja,” katanya.

Sementara itu, penganalisis Azmi Hassan berpendapat kelemahan koordinasi ketika musibah banjir memberi kerugian besar kepada Ismail dan beberapa menteri dari Bersatu serta PAS.

Bagaimanapun, stigma negatif terhadap Umno amat minimum kerana menteri dari Umno tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana ini.

Oleh itu, beliau berkata desakan pemimpin tertinggi Umno untuk mengadakan PRU segera kemungkinan tidak akan berubah pada masa sama Ismail dan Bersatu dilihat cuba untuk melengah-lengahkannya.

“Umno mahukan PRU lebih awal kerana tidak mahu terkait…atau kalau terkait pun, sedikit saja stigmanya negatifnya terhadap kecekapan kerajaan (menguruskan banjir). Dalam hal ini saya lihat kaitannya lebih menjurus kepada Menteri-menteri yang kebanyakannya daripada Bersatu atau PAS atau kepimpinan Ismail sendiri,” katanya.

Apa jua keputusan diambil oleh Ismail, beliau terpaksa mengambil kira terma memorandum persefahaman beliau dengan Pakatan Harapan yang menetapkan PRU15 tidak boleh diadakan sebelum 21 Julai depan.

Tetapi pokok persoalan ialah bagaimana Ismail menangani sentimen pimpinan Umno dan Bersatu yang bercanggah selain mengambil kira kelangsungan kedudukan politik beliau sendiri dalam menentukan tarikh PRU15.

Baca juga:

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut

Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805