Tuesday, September 17, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

KDNK China cecah RM75.4 trilion - pakdin.my

Perdana Menteri dan menteri Malaysia masih bercakap pasal pandemik dan vaksin, ekonominya masih tak menentu. Kemasukan pelaburan langsung asing antara yang terendah dikalangan negara Asia. Indonesia pun sudah jauh meninggalkan Malaysia dalam kemasukan pelaburan langsung asing.

BEIJING  — Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB114.367 trilion (RM75.4 trilion) pada 2021, meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Biro Statistik Negara pada Isnin, jumlah KDNK per kapita diunjur melebihi US$12,551 (RM52,321). Ketua NBS, Ning Jizhe berkata data tersebut menandakan peningkatan terhadap kekuatan komprehensif China, termasuk produktiviti sosial dan taraf hidup rakyatnya.

Secara tidak langsung ia turut menggambarkan pembangunan China mempunyai dasar yang lebih kukuh, situasi lebih baik dan momentum yang mencukupi, katanya. Ekonomi China kekal menduduki tangga kedua di dunia berdasarkan data tersebut, manakala jumlah pengeluaran biji-bijian China pula mencecah 682.85 juta tan pada 2021.

Selain itu, seramai 12.68 juta penduduk di bandar dan luar bandar China memperoleh pekerjaan baharu sepanjang tahun 2021, pertambahan sebanyak 830 ribu berbanding 2020.

Ia menyaksikan pendapatan per kapita penduduk seluruh negara mencecah RMB35,000 (RM23,072), meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala perbelanjaan per kapita penduduk pula sebanyak RMB24,000 (RM15,821), meningkat 12.6 peratus.

Sementara itu, jumlah jualan runcit sosial China pada 2021  merekodkan RMB44 trilion (RM29 trilion), keperluan domestik telah menyumbang 79.1 peratus kepada pertumbuhan ekonomi China sepanjang 2021.

Pertumbuhan ekonomi China yang pesat telah merangsang pertumbuhan ekonomi sejagat dan China dianggarkan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 25 peratus pada 2021.

China sejak setahun lalu telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan yang lebih ketat agar kesihatan dan keselamatan 1.4 bilion rakyatnya terjamin.

China mendorong kerjasama antarabangsa secara aktif bagi melawan pandemik COVID-19. Sehingga kini, China telah membekal lebih 2 bilion dos vaksin COVID-19 kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, dan menjadikan ia negara paling banyak membekalkan vaksin kepada negara lain.

Pada era pembangunan baharu, China akan mempercepat pembentukan pola pembangunan baharu, komited terhadap usaha memelihara pengoperasian ekonomi pada julat yang munasabah dan mendorong pembangunan berkualiti tinggi.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Taufan Yagi mencetuskan banjir dibeberapa tempat utara Thailand

Pada 10 September, hujan lebat yang disebabkan oleh Taufan Tropika Yagi, ditambah pula dengan hujan berterusan sejak 8 September, menyebabkan banjir di Daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

[VIDEO] Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 24 orang

Taufan Yagi dan tanah runtuh serta banjir yang dicetuskannya telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan 299 lagi di utara Vietnam pada hujung minggu 7 September 2024

[VIDEO] Raja perkenan kabinet baharu Paetongtarn Shinawatra

Raja Thailand telah memperkenankan kabinet 35 anggota yang dicadangkan oleh Perdana Menteri baharu Paetongtarn Shinawatra.

[VIDEO] Barisan kabinet baharu Thailand bersedia untuk pengesahan diraja minggu ini – Paetongtarn Shinawatra

Perdana Menteri baharu Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata beliau telah memuktamadkan barisan kabinetnya dan menjangka untuk menyerahkan pelantikan menteri untuk pengesahan diraja minggu ini.

[VIDEO] Hujan lebat menyebabkan banjir di Pattaya

Beberapa jalan utama dinaiki air dan kereta tersadai di jalan raya ketika hujan lebat menyebabkan banjir kilat melanda kawasan bandar itu lebih tiga jam lewat malam Isnin 2 September 2024.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

[VIDEO] Taufan Yagi mencetuskan banjir dibeberapa tempat utara Thailand

Pada 10 September, hujan lebat yang disebabkan oleh Taufan Tropika Yagi, ditambah pula dengan hujan berterusan sejak 8 September, menyebabkan banjir di Daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

[VIDEO] Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 24 orang

Taufan Yagi dan tanah runtuh serta banjir yang dicetuskannya telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan 299 lagi di utara Vietnam pada hujung minggu 7 September 2024

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: