BERITABincang Lynas Berdasarkan Fakta, Saran Pakar Nadir Bumi

Bincang Lynas Berdasarkan Fakta, Saran Pakar Nadir Bumi

Bincang Lynas Berdasarkan Fakta, Saran Pakar Nadir BumiSeorang pakar utama nadir bumi dari Kanada menasihatkan semua pihak yang bertindak secara emosi mengenai isu loji memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang supaya membahaskan isu itu berdasarkan fakta.

Naib Presiden Eksekutif Dacha Strategic Metals, Alastair S. Neil berkata loji Lynas merupakan sebuah kilang kimia yang menjalankan kaedah operasi yang jauh berbeza berbanding loji nuklear.

Neil mencadangkan pengwujudan pihak ketiga yang sentiasa memantau dan melaporkan tahap radiasi dapat membantu mengatasi tanggapan salah berhubung loji Lynas.

Sebelum ini, beliau pernah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Penawaran dan Permintaan Nadir Bumi dan Keperluan Sumber Manusia’ pada Simposium Antarabangsa Pertama Mengenai Nadir Bumi di sini baru-baru ini.

“Perbincangan terbuka mengenai loji itu dan nadir bumi adalah menggalakkan dan ia jelas daripada soalan yang dibangkitkan…bahawa ini adalah isu yang penuh emosi,” katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Pada awal bulan, Neil bersama pakar antarabangsa lain melawat loji Lynas di Gebeng sempena Simposium Antarabangsa Mengenai Nadir Bumi anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM).

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami