UtamaEKONOMIPeladang sawit Malaysia raih...

Peladang sawit Malaysia raih manfaat daripada peraturan eksport baharu Indonesia - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Peladang sawit Malaysia meraih manfaat daripada dasar eksport baharu Indonesia menerusi harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Ia menjelaskan, peraturan eksport baharu Indonesia yang berkuat kuasa pada 27 Jan, 2022, telah melebarkan jurang harga MSM domestik antara Malaysia dan Indonesia sebanyak RM246 satu tan kepada RM1,378 satu tan pada 3 Feb, berbanding RM1,132 satu tan pada 27 Jan.

“Sejak pengumuman dasar baharu Indonesia itu, niaga hadapan MSM (FCPO) satu bulan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat 1.8 peratus minggu ke minggu (WoW) kepada RM5,714 satu tan pada 3 Feb dan mencatatkan harga tertingginya RM5,803 satu tan pada 28 Jan berikutan kebimbangan terhadap kekurangan ketersediaan minyak sawit dalam pasaran eksport.

“Walaupun harga MSM meningkat di Malaysia, harga MSM domestik di Indonesia turun 2.8 peratus WoW kepada IDR14,930 sekilogram pada 3 Feb,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Isnin.

Pada 27 Jan, Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi berkata pengeksport mesti mengetepikan 20 peratus daripada penghantaran mereka untuk obligasi pasaran domestik (DMO) bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi di pasaran tempatan pada harga berpatutan.

Menurut bank pelaburan itu, ini menunjukkan peladang Indonesia berkongsi beban subsidi harga minyak masak domestik. “Kesan keseluruhan dianggap lebih kecil berbanding unjuran Maybank IBG kerana kami menjangkakan harga MSM Indonesia secara teorinya akan melaras turun kepada IDR14,000 sekilogram minggu lepas.

“Kami menjangkakan kalangan penapis Indonesia turut mengorbankan sebahagian daripada margin penapisan mereka,” tambahnya.

Maybank IB turut menjelas, secara relatifnya lebih ramai peladang bertumpuan Malaysia seperti IOI Corp, Sarawak Oil Palm (SOP), Boustead Plantations (BLANT), Ta Ann, TH Plantation, Hap Seng Plantations dan FGV meraih manfaat daripada dasar tersebut.

Justeru, ia kekal positif terhadap sektor itu di samping mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Kuala Lumpur Kepong (KLK), SOP dan BPLANT dengan harga sasaran masing-masing RM30.70, RM5.60 dan RM0.93 seunit.

Maybank IB menambah, bagaimanapun beberapa faktor risiko boleh menjejaskan pandangannya terhadap sektor itu termasuk unjuran pendapatan, sasaran harga dan penarafan saham yang diteliti oleh penganalisis yang bertujuan memberi saranan.

“Risiko positif adalah pemulihan pengeluaran minyak sawit dan minyak sayuran lain yang lebih lemah berbanding jangkaan pada 2022; harga minyak mentah Brent semakin hampir kepada US$100 setong dan cuaca luar biasa di wilayah pengeluar minyak sawit dan minyak bijian utama.

“Sementara itu, risiko penurunan adalah harga minyak mentah Brent susut mendadak kepada bawah US$60 setong; dasar negatif yang dikenakan oleh negara pengimport; dasar kerajaan yang tidak mesra di negara pengeluar atau pengeksport; pengeluaran yang lebih kukuh pada 2022; serta permintaan global yang lemah dan harga minyak pesaing yang lebih rendah,” menurutnya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129