[Video] Lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang terbakar - pakdin.my

KUDAT: Dianggarkan lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang, di sini, musnah dalam kebakaran setakat jam 7 malam ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha memadamkan api sedang giat dijalankan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 petang.

Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama dua jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi memadam kebakaran dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dengan dibantu pasukan BBP Kota Marudu.

“Sehingga kini, usaha memadamkan api kebakaran sedang giat dijalankan dan api masih belum dapat dikawal ,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, operasi pemadaman itu juga turut dijalankan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).



UTAMABERITAAM Lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium