Dana negara ‘dijarah’, gagal menambah hasil negara ketika pemerintahan PH, PN kata Najib

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan dana negara sehingga RM600 bilion tanpa mempunyai sebarang perancangan untuk menambah pendapatan negara.

Bekas Perdana Menteri ke-6 itu turut mendakwa, rizab Petronas, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan Khazanah Negara telah berkurangan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Kerajaan berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar untuk memulihkan semula tabung-tabung negara setelah kerosakan teruk ditinggalkan PH dan PN. Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin) bukan tidak tahu keadaan kewangan negara sedangkan beliau menjawat jawatan menteri kanan dalam PH dan kemudian menjadi Perdana Menteri dalam PN.

“Sebenarnya, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ahli Parlimen Pagoh berada dalam dua kerajaan yang merosakkan kewangan negara. Beliau juga pernah mengaku membelanjakan RM600 bilion untuk menunjukkan keprihatinannya semasa menjadi Perdana Menteri sehingga kerajaan tidak mempunyai dana lagi.

“Dari mana dia dapat dana itu kalau bukan rizab RM2 trilion zaman Barisan Nasional (BN) ataupun dengan menambah hutang negara. Setakat hendak membelanjakan duit, semua boleh, tetapi gagal menambah hasil negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu Najib menjelaskan, hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melibatkan wang rakyat kerana kerajaan telah peroleh dana daripada Syarikat Goldman Sachs.

“Janganlah kita memberikan alasan hutang 1MDB sebagai merosakkan kewangan negara, hakikatnya satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar. Pada tahun 2018, hutang 1MDB berjumlah RM32 bilion, pada 2019 juga kekal RM32 bilion dan sama juga pada 2020.

“Adalah tidak betul untuk mencanangkan bahawa rakyat perlu membayar atau menanggung hutang 1MDB. Misalnya bayaran RM16.4 bilion yang diterima daripada Goldman Sachs bukanlah dari wang rakyat, itu wang yang boleh digunakan untuk bayar hutang 1MDB,” katanya.

BACA juga:

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...