Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid - pakdin.my

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN).

Pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan beliau untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan tidak lama lagi.

Rakyat sudah lama tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpinnya sememangnya memusuhi BN dengan objektif menamatkan BN.

Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU-15 semakin menghampiri.

Perlu difahami permulaan penubuhan PPBM dengan ‘misi’ untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya UMNO.

Selepas gagal, PPBM mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang permah mereka zalimi.

Juga dengan sasaran BN akan berada di bawah telunjuk PPBM bagi diperkudakan untuk kepentingan politik mereka melalui perancangan ‘scheme of things’.

Mujur sebahagian besar pimpinan BN termasuk Presiden UMNO dapat menghidu muslihat tersebut walaupun tidak dinafikan ada juga segelintir yang terpedaya.

Sebab itu kita tidak berasa pelik bukan PH diumumkan musuh utama PN walaupun Mahiaddin pernah menyebut PH tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.

Mungkin beliau masih berharap membawa PN bekerjasama dengan PH yang tidak selari dengan perjuangan Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.

Barangkali juga satu-satunya pihak yang sedang keliru dan celaru dengan pengumuman Mahiaddin tersebut adalah pimpinan tertinggi PAS.

Maka dengan pengumuman Mahiaddin BN musuh utama PN seharusnya membuka mata dan minda yang pernah terpedaya untuk melihat kebenaran.

Ahli-ahli Parlimen selain PPBM khususnya BN yang berada dalam Kabinet perlu memahami realiti bahawa mereka sedang dikelilingi oleh musuh dalam selimut.

Selagi mana mereka mempertahankan komposisi Kabinet sedia ada bersama PPBM, selagi itu kerajaan campuran yang mereka ‘pikul’ terdedah kepada risiko sabotaj.

Pengerusi PN selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) malah telah pun memulakan gerakan melampaui batas ‘menyerang’ Perdana Menteri.

Tindakannya boleh memberi implikasi negatif kepada negara kerana Pengerusi MPN sendiri menggambarkan kerajaan yang dianggotainya sebagai lemah dan gagal.

Dengan demikian para pelabur asing akan melihat Malaysia bukan sebuah destinasi yang stabil dan kukuh untuk mereka membuat pelaburan.

Sekali gus menyulitkan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi Malaysia termasuk nilai mata wang yang kini berada paras menggusarkan.

Lambat laun pasaran saham akan turut merundum apabila pelabur asing menjual saham tempatan untuk melabur di tempat lain.

Tidak pasti sama ada tindakannya itu satu lagi bentuk ugutan kepada Perdana Menteri atau sememangnya beliau sudah tidak mampu menyembunyikan muslihatnya.

Untuk menangani risiko di depan mata maka kerajaan yang stabil perlu segera dibentuk dengan memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang kukuh.

Justeru itu ayuh semua kita segerakan PRU-15 sebelum musim hujan, sebelum negara berdepan dengan lebih banyak kerosakan angkara kerakusan politik musuh rakyat.

Facebook Zahid Hamidi
https://web.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/pfbid0XjmRubNVAyu2GuprYndePjeFpU3o7p4mqUFG7TLQWuE7Bbh16Bq77ESeEG9hnz3pl

UTAMAPILIHAN RAYAPILIHAN RAYA UMUM 2022Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium