NASIONALNAHAS & BENCANA Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama malam ini, apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada  7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada 7.17 malam.

“Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya.

Jurucakap itu berkata kebakaran dapat dikawal pada 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam ini.

Semasa kejadian tiada jemaah masjid, manakala  punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami