Semua pihak digesa henti komen ‘YANG TIDAK SEPATUTNYA’ berhubung isu pengampunan Najib – Zahid - pakdin.my

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kita serahkan kuasa mutlak ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi ini adalah budi bicara baginda dan saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bersahabat dengan kita yang memberikan komen YANG TIDAK SEPATUTNYA,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad hari ini yang merayu agar permohonan pengampunan bekas Presiden UMNO itu ditolak.

Pada 9 April lepas, Ahmad Zahid dilapor berkata hasrat UMNO mempersembah permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pertimbangan pengampunan kepada Najib adalah mengikut prosedur perundangan sedia ada dan tiada desakan politik.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menyentuh rundingan mengenai pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

https://www.instagram.com/reel/Crop4BdhqeI/?utm_source=ig_web_copy_link

Beliau berkata perbincangan di peringkat negeri telah diadakan antara BN dengan Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak akan menggunakan pendekatan parti-parti politik di dalam gabungan, parti komponen untuk mengadakan perbincangan secara berasingan maka sebarang perundingan hendaklah melibatkan dua parti gabungan iaitu BN dan PH.

“Semua keputusan di bawah perbincangan enam negeri ini akan dibawa ke peringkat tertinggi di mana kita akan terus membincangkan tentang kerusi-kerusi yang sesuai ditandingi dan insya-Allah, apabila kita mula mengadakan perbincangan ini, kita akan mencari jalan terbaik tentang kebolehmenangan kerusi Dewan Undangan Negeri di keenam-enam negeri,” katanya.

BACA juga:
[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong – Azalina
[VIDEO] MKT mohon ihsan Agong pertimbang pengampunan penuh buat Najib
[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid
[VIDEO] PAU2022: Ucapan Dasar Presiden UMNO Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi

UTAMABERITAAMSemua pihak digesa henti komen 'YANG TIDAK SEPATUTNYA' berhubung isu pengampunan Najib...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium