EURO 2012 – Ukraine 2 Sweden 1 - pakdin.my

PENGANJUR bersama Euro 2012, Ukraine, yang muncul kali pertama dalam persaingan pusingan akhir kejohanan benua Eropah ini, mencatatkan kemenangan manis dengan penuh bergaya di bumi sendiri dengan mengatasi Sweden 2-1.

Dalam perlawanan yang penuh rancak pada separuh masa kedua, Ukraine menjaringkan dua gol dalam tempoh tidak sampai 10 minit.

Kemenangan ini juga ‘memadamkan’ dakwaan insiden-insiden berbaur perkauman di Ukraine selaku tuan rumah bersama dengan Poland.

Kedua-dua gol Ukraine dijaringkan oleh Andriy Shevchenko pada minit ke-54 dan ke-62. Sweden mendahului kedudukan menerusi jaringan Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-51.

Persaingan kedua-dua pasukan dalam pertemuan kedua Kumpulan D.

Perlawanan ini, yang terakhir dalam pertemuan pertama bagi kesemua 16 pasukan kejohanan, berlangsung di Stadium Olimpik, Kiev, menyaksikan banyak dikuasai oleh Ukraine.

Separuh masa pertama yang menyaksian Ukraine banyak melakukan asakan berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Dalam pertemuan sulung Kumpulan D lebih sejam lalu, England dan Perancis seri 1-1.

Kedua-dua Ukraine dan Sweden pernah bertemu dalam tiga perlawanan sebelum ini – peringkat perlawanan persahabatan.

Selaku tuan rumah, Ukraine juga satu-satunya pasukan yang turun di final Euro 2012 buat julung kali.

Barisan pemain Ukraine:
12 Pyatov
02 Selin
03 Khacheridi
17 Mykhalyk
04 Tymoschuk
09 Gusev
11 Yarmolenko
18 Nazarenko
19 Konoplienka
07 Shevchenko
10 Voronin

Barisan pemain Sweden:
01 Isaksson
02 Lustig
03 Mellberg
04 Granqvist
05 Mn Olsson
06 Elm
07 Larsson
09 Kallstrom Booked
10 Ibrahimovic
20 Toivonen
22 Rosenberg

Sekilas fakta di akhir perlawanan:

– Kedudukan: Ukraine (2); Sweden (1)

– Jaringan oleh Andriy Shevchenko (Ukraine, minit ke-54 dan ke-62); Zlatan Ibrahimovic (Sweden, minit ke-51)

– Penguasaan bola: Ukraine (57%); Sweden (43%)

– Sasaran ke gawang: Ukraine (14); Sweden (12)

– Tendangan sudut: Ukraine (3); Sweden (2)

– Kad kuning: Sweden (Kallstrom; Elm)

UTAMAEURO 2012 - Ukraine 2 Sweden 1

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium