Wednesday, July 24, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Misi minyak sawit berakhir dengan jaya, UK sedia iktiraf MSPO - pakdin.my

LONDON  — Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke United Kingdom (UK) berakhir dengan jayanya apabila penggubal dasar di sini telah memberikan komitmen untuk mengiktiraf pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam garis panduan terperinci bagi memastikan komoditi yang memasuki negara adalah mampan.

Beliau berkata ini dicapai dalam pertemuan dengan Menteri Negara bagi Perdagangan Antarabangsa Nigel Huddleston dan Menteri Negara bagi Pembangunan Antarabangsa, Andrew Mitchell  pada Khamis.

“Mereka sangat positif dan telah memberikan komitmen bahawa MSPO akan menjadi sebahagian daripada dokumen yang akan diiktiraf  dalam proses ketekunan wajar (due diligence),” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan rasminya ke United Kingdom pada Jumaat.

“Malahan mereka juga berkata apa yang mereka hendak rencanakan daripada peraturan ataupun garis panduan (guideline) daripada undang-undang mereka itu sendiri, mereka menyatakan apa-apa produk  bukan bergantung kepada undang-undang di UK akan berpaksikan kepada undang-undang negara pengeluar,” jelasnya.

VIDEO berkaitan:

Kenyataan mereka itu merupakan satu berita baik untuk Malaysia, kata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.

“Sudah pasti kita akan lihat perkara itu secara hitam putih tetapi itu adalah kenyataan awal mereka  dan kita tidak sabar-sabar untuk bekerjasama rapat dengan UK,” kata beliau sambil menambah langkah sedemikian akan membuka lebih banyak peluang perniagaan antara Malaysia dan UK.

Penyertaan UK dalam Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang Malaysia adalah antara ahlinya, dijangkakan dalam beberapa bulan ini. Ini adalah perjanjian perdagangan pertama Malaysia dengan UK.

Malaysia telah berunding dengan UK untuk memansuhkan tarif minyak sawit Malaysia daripada 12 peratus pada masa ini kepada sifar sebaik menyertai pakatan perdagangan itu.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan UK mencecah lebih US$7.3 bilion pada 2022, dengan UK mencatatkan lebihan dagangan kira-kira US$786 juta. (US$1=RM4.57)

Bagi 2023, Lembaga Minyak Sawit Malaysia menjangkakan eksport minyak sawit meningkat 3.7 peratus kepada 16.3 juta tan, dipacu oleh permintaan berterusan dari negara-negara pengimport.

Selain itu, Fadillah berkata Malaysia juga perlu bekerjasama dengan kerajaan UK untuk memperkenalkan undang-undang mencegah pelabelan negatif produk-produk dari Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada lawatan rasminya ke UK, Timbalan Perdana Menteri turut mengadakan taklimat di Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) yang merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan Lembaga Getah Malaysia (MRB)  berpangkalan di UK.

Beliau juga meluangkan masa untuk berinteraksi bersama pelajar Malaysia di sini.

EU: Perkembangan positif, cabaran kekal

Sementara itu, bagi Kesatuan Eropah (EU), Fadillah berkata walaupun misi bersama Malaysia dan Indonesia untuk menyampaikan kebimbangan dan bantahan terhadap Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah  (EUDR) yang baharu digubal berjaya tetapi cabaran dengan blok rantau ini masih ada.

Sebelum ke UK, Timbalan Perdana Menteri berada di Brussels, Belgium untuk misi bersama di bawah Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC). Indonesia diwakili  Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi (KOMENKO), Dr Airlangga Hartarto.

Para pemimpin mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Eksekutif Rundingan Hijau merangkap Pesuruhjaya Dasar Tindakan Iklim Eropah, Frans Timmermans;  Perwakilan Tertinggi Hal Ehwal Luar Negara dan Dasar Keselamatan EU, Josep Borrell-Fontelles dan Pesuruhjaya Alam Sekitar, Lautan dan Perikanan Virginijus Sinkevičius.

Mereka juga bertemu dengan Heidi Hautala, Ahli Parlimen Eropah (MEP) dalam kumpulan Perikatan Bebas Hijau/European, serta Bernd Lange, MEP dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa.

Pada mesyuarat yang berlangsung, pemimpin Jakarta dan Putrajaya itu mengetengahkan mengenai kesan undang-undang bekalan rantaian nilai dan secara konsisten menekankan perlunya untuk EU melibatkan diri dengan negara pengeluar di peringkat kerja dan teknikal.

Menurut CPOPC, mesyuarat telah dikendalikan secara mesra, berterus terang dan terbuka.

Maklum balas adalah positif kerana EU kini terbuka untuk terlibat sama (engagement), manakala CPOPC telah mencadangkan pasukan petugas yang melibatkan semua pihak berkepentingan.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah lebih banyak penglibatan. Paling penting, perlu ada tindakan susulan dalam memastikan perkara yang dibangkitkan dan dibincangkan ditangani dan ada maklum balas,” katanya.

Malaysia dan Indonesia menyumbangkan lebih 80 peratus kepada pasaran eksport minyak sawit global.

Pada masa sama, Fadillah berkata Malaysia perlu bersedia untuk berhadapan lebih banyak undang-undang dan peraturan yang akan diperkenalkan oleh EU.

Sebagai contoh, di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui EU III (EU RED III), minyak sawit masih dipilih oleh pengawal selia EU sebagai satu-satunya bahan mentah bahan api bio yang mempunyai risiko perubahan guna tanah secara tidak langsung (ILUC) yang tinggi, dan oleh itu ia akan dihentikan secara berperingkat untuk tujuan pengiraan ke arah sasaran tenaga boleh diperbaharui EU menjelang 2030.

Selain itu,  Arahan Ketekunan  Wajar Kelestarian Korporat serta Peraturan Melarang Produk Dibuat Dengan Buruh Paksa yang dicadangkan juga berpotensi menjadi halangan perdagangan dan membebankan pengusaha di sepanjang rantaian bekalan, terutamanya pekebun kecil.

Begitu juga, cadangan Arahan Tuntutan Hijau yang mengkehendaki syarikat untuk memberikan bukti saintifik untuk label hijau mereka.

“Namun begitu, secara keseluruhannya misi ke Brussels, Belgium berjaya, apa lagi ia adalah misi bersama pertama ke EU dan saya percaya EU ambil maklum (apa yang kami disampaikan).”

BACA juga:

[VIDEO] Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan

Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan disebabkan kekangan bekalan yang terhad dan permintaan sektor pembuatan yang bertambah baik.

Perjanjian penswastaan lapangan terbang Malaysia diselubungi bantahan berkaitan perang Gaza

Sekumpulan badan masyarakat sivil terkemuka Malaysia telah memulakan bantahan terhadap bidaan oleh sebuah konsortium termasuk sebuah firma dalam proses diambil alih oleh BlackRock, untuk menswastakan pengendali lapangan terbang negara ini di tengah-tengah kempen boikot terhadap beberapa Firma A.S. yang dikaikan dengan perang di Gaza.

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan eMADANI, di sini, Ahmad berkata sebagai alternatif, pemohon yang layak namun tidak berjaya, boleh mengemukakan rayuan menerusi emel emadani@treasury.gov.my.

Malaysia turun 2 anak tangga dalam kedudukan daya saing digital global

Institut yang berpangkalan di Switzerland itu menyenaraikan 64 negara dan zon ekonomi secara global berdasarkan tiga petunjuk: pengetahuan, teknologi dan kesediaan masa depan.

Cara penebusan kredit e-Wallet RM100 mulai 4 Disember –

Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Pendaftaran e-kredit RM100 dibuka Isnin depan

“Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Suami isteri selisih faham, polis rampas pistol dan 18 peluru di Sungai Buaya

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

[VIDEO] Asrama SMK Song 1 terbakar, 4 warden dan pelajar selamat

Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1, dalam Bahagian Kapit, musnah dalam kebakaran, hari ini. Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, hanya dua pelajar berada di asrama dua tingkat itu.

Apakah CrowdStrike, syarikat yang dikaitkan dengan gangguan sistem global?

Gangguan komputer global yang menjejaskan lapangan terbang, bank dan perniagaan lain pada hari Jumaat 19 Julai 2024 nampaknya berpunca sebahagiannya daripada kemas kini perisian yang dikeluarkan oleh firma keselamatan siber utama AS CrowdStrike.

Gangguan global siber ‘Crowdstrike’ Microsoft menyebabkan penerbangan tergendala dan menjejaskan perniagaan

Gangguan teknologi global telah menjejaskan operasi merentasi pelbagai industri pada hari Jumaat, dengan syarikat penerbangan menghentikan penerbangan, beberapa penyiar tidak beroperasi dan perkhidmatan daripada perbankan kepada penjagaan kesihatan yang dilanda masalah sistem akibat gangguan teknikal ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diumum dalam minggu ini.

[VIDEO] Pennjawat awam direman tujuh hari bagi banntu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartin

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam 15 Julai 2024.

Fasilitator Malaysia yang baharu dilantik untuk rundingan damai selatan Thailand

Kerajaan Malaysia telah melantik fasilitator baharu untuk proses damai di selatan Thailand. Ini berlaku di tengah-tengah gesaan mendesak untuk penilaian semula pelan hala tuju keamanan berikutan lonjakan keganasan yang telah menghancurkan keyakinan orang ramai.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: