[VIDEO] Tragedi Kepala Air: Jenazah 7 beranak selamat dikebumikan satu liang - pakdin.my

KUANTAN  — Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di sini lewat malam ini. 

Pengebumian jenazah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selesai pada 11.52 malam.

Terdahulu, van yang membawa kesemua jenazah tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 pada 9.55 malam diiringi kereta peronda polis sebelum disembahyangkan oleh lebih 150 anggota keluarga dan kenalan.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu, yang dipenuhi ahli keluarga serta kenalan semua mangsa, dan mereka difahamkan sudah berada di tanah rancangan berkenaan sejak pagi untuk memberi penghormatan terakhir selepas mengetahui pengebumian dilakukan hari ini.

Turut hadir Pengerusi FELDA Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman.

Sebelum ini Jenazah tujuh mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman dihantar pulang ke Kuantan, Pahang pada 6.25 petang (4 Julai 2023) menggunakan van jenazah ihsan badan bukan kerajaan (NGO).

Kenderaan jenazah diiringi Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman hingga ke Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan.

Kakak ipar Allahyarham Azizah, Rosilawati Kassim, 49, berkata semua ahli keluarga yang berada di Terengganu akan pulang ke kampung untuk mengurus dan menghadiri majlis pengebumian pada malam ini.

“Pagi esok kami akan datang semula ke Terengganu kerana ada dua lagi ahli keluarga yang belum ditemukan.

“Jenazah Putri Alleya Maisarah juga masih berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kami akan kembali ke sini,” katanya ketika ditemui di HSNZ di sini hari ini.

Rosilawati berkata persiapan untuk pengebumian diuruskan oleh ahli keluarga dan jiran di kampung yang turut bersedih dengan tragedi menimpa keluarga mereka.

Janngan lupa subscribe

BACA juga:

Jenazah tujuh mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman dihantar pulang ke Kuantan, Pahang pada 6.25 petang (4 Julai 2023) menggunakan van jenazah ihsan badan bukan kerajaan (NGO).
Jenazah tujuh mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman dihantar pulang ke Kuantan, Pahang pada 6.25 petang (4 Julai 2023) menggunakan van jenazah ihsan badan bukan kerajaan (NGO).
UTAMABERITA Tragedi Kepala Air: Jenazah 7 beranak selamat dikebumikan satu liang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium