[VIDEO] Tragedi kepala air Jeram Mawar: 7 lagi mayat ditemukan - pakdin.my

KEMAMAN – Tujuh lagi dipercayai mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di sini ditemui lemas setakat pukul 1 tengah hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, bilangan terbaharu itu menjadikan mangsa yang terkorban dalam tragedi bencana alam tersebut setakat ini seramai sembilan orang.

Menurut Mazli, setakat ini hanya tiga identiti mangsa dikenal pasti manakala bakinya enam lagi identiti mangsa belum disahkan.

“Mayat ketiga yang ditemui ialah Muhammad Haziq Ziqree Karim berusia enam tahun yang ditemui di kawasan sektor B pencarian iaitu berhampiran Kampung Teladas,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini hari ini.

Mazli berkata, kesemua mangsa ditemui pada pukul 11 pagi sehingga 1 tengah hari di sekitar lokasi kejadian sejauh 20 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa ditemui terapung dan ada juga yang tersangkut pada kayu serta tebing sungai,” katanya.

Mazli memberitahu usaha membawa keluar mayat dari lokasi ke Pusat Kawalan operasi sedang giat dilakukan.

Semalam, mayat dua mangsa iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, ditemui pada pukul 12.45 tengah hari dan 5 petang.

Semalam dilaporkan, dua beranak ditemui mati lemas sementara lapan lagi mangsa hilang dalam kejadian kepala air dipercayai berlaku petang kelmarin.

 

 

 

 

 

 

 

 

BERKAITAN:

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITA Tragedi kepala air Jeram Mawar: 7 lagi mayat ditemukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium