PERHILITAN siasat kehadiran Harimau di Kampung Orang Asli Serendah - pakdin.my

HULU SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor akan menjalankan siasatan berhubung aduan yang mendakwa kehadiran seekor harimau belang dewasa berkeliaran di kawasan jalan Kampung Orang Asli Serendah, di sini, kelmarin.

Pengarah PERHILITAN Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu jam 3.30 petang.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan kehadiran hidupan liar itu memandangkan tiada rekod dilaporkan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketika ditanya jantina harimau belang itu, Choon Yung memaklumkan pihaknya belum mempunyai maklumat dan akan mengemas kini dari semasa ke semasa.

“Kami menasihatkan penduduk kampung terus melaporkan kepada PERHILITAN Selangor sekiranya mengesan kehadiran haiwan itu,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar memaparkan tapak kaki binatang buas dipercayai harimau belang di sekitar kawasan kampung itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik sebuah laman Facebook, kesahihannya bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

BACA juga:

UTAMABERITAAMPERHILITAN siasat kehadiran Harimau di Kampung Orang Asli Serendah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium