Bursa Malaysia terus catat peningkatan untuk dibuka tinggi - pakdin.my

Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik, kata peniaga. 

Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.76 mata kepada 1,458.20 daripada 1,454.44 semalam.

Indeks utama dibuka tinggi 1.79 mata kepada 1,456.23.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 252 berbanding 209 manakala 285 kaunter tidak berubah, 1,632 tidak diniagakan dan 70 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 539.08 juta unit bernilai RM260.76 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI dijangka mencatatkan aktiviti dagangan yang kukuh dengan pemangkin positif daripada senario domestik serta nilai dagangan dan jumlah keseluruhan yang tinggi.

“Selan itu, dengan prestasi positif Wall Street semalaman, kami berpendapat minat belian akan meluas ke saham di peringkat tempatan, terutamanya dalam sektor teknologi,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa Wall Street semalaman ditutup tinggi secara menyeluruh berikutan sentimen didorong oleh penurunan terkini dalam sentimen pengguna dan pembukaan pekerjaan pada Julai yang menggambarkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat mungkin lembap.

“Semalam, FBM KLCI melonjak melepasi paras 1,450 didorong oleh sokongan belian yang kukuh daripada dana asing secara menyeluruh.

“Walaupun kami percaya perkara yang sama boleh dijangkakan pada hari ini, kami menjangka belian rendah berikutan bursa tempatan akan ditutup esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada pada julat 1,450-1,460 dengan minat tertumpu kepada syarikat telekomunikasi berdasarkan pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) akan dimuktamadkan hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM9.13, Public Bank dan CIMB, masing-masing naik lima sen kepada RM4.19 dan RM5.68, Petronas Chemicals merosot dua sen kepada RM7.17 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.92.

Daripada saham aktif, Capital A naik 6.5 sen kepada RM1.02, Pesona Metro meningkat setengah sen kepada 19.5 sen, Ekovest berkurangan tiga sen kepada 47 sen, Velesto Energy merosot satu sen kepada 23.5 sen manakala Iskandar Waterfront City tidak berubah pada 76 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 25.26 mata kepada 10,773.07, Indeks FBMT 100 menambah 26.14 mata kepada 10,448.67, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 1.49 mata kepada 10,952.47 dan Indeks FBM 70 meningkat 32.43 mata kepada 14,298.54 manakala Indeks FBM ACE susut 16.48 mata kepada 5,239.99.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga menambah 3.35 mata kepada 835.66, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.23 mata kepada 172.55, Indeks Perladangan susut 9.81 mata kepada 6,931.69 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 104.50 mata kepada 16,433.23.

BACA juga:

UTAMAEKONOMIBursa Malaysia terus catat peningkatan untuk dibuka tinggi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium