PORT DICKSON – Sembilan gerai makan berdekatan Dataran Teluk Kemang, di sini, terbakar dalam kejadian lewat petang Sabtu 11 November 2023.
Komander operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.16 petang sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang diarahkan ke lokasi.
“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu water tanker dan satu navara dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian.
“Selain itu, sepasukan anggota bomba dari BBP Port Dickson turut dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan sebuah jentera FRT dan EMRS dan BBP Seremban dengan kekuatan satu water tanker,” katanya pada Sabtu.

Katanya, empat lot gerai terbakar 100 peratus manakala lima lagi lot gerai dianggarkan terbakar 25 peratus.
“Sehingga jam 10.51 malam tadi, kerja-kerja overhaul sedang dilakukan oleh anggota bomba dan tiada mangsa terbabit dalam kebakaran ini.
“Ketika ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
BACA juga: [Video] Restoran hidang ayam ‘berulat’ di Teluk Kemang diarah tutup