[VIDEO] Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat - pakdin.my

Kejadian sama turut dilaporkan berlaku di air terjun Lata Kinjang dan hujan lebat di kawasan Kampar dan Tapah

Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad.

Beliau berkata pihaknya melakukan pemantauan di lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada kira-kira 9 pagi 13/5/2024.

“Kejadian itu disebabkan hujan lebat dan tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian sama turut dilaporkan berlaku di air terjun Lata Kinjang dan hujan lebat di kawasan Kampar dan Tapah malam tadi juga menyebabkan paras air di Sungai Kampar berada pada paras bahaya pagi tadi namun tiada kejadian banjir dilaporkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu setakat ini.

Terdahulu, tular di laman media sosial beberapa rakaman video menunjukkan kejadian kepala air berlaku di air terjun yang terletak di laluan Tapah-Cameron Highlands itu.

Jangan lupa subscribe

BACA juga:

UTAMABERITAALAM SEKITAR Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium