[VIDEO] Dua pengunjung terselamat insiden kepala air di Lata Bayu - pakdin.my

Dua pengunjung kawasan rekreasi Air Terjun Lata Bayu ,Asam Jawa, Baling terselamat selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan itu petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz, berkata bagaimanapun salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.

BACA juga: Mangsa sesat maut dipatuk ular

Katanya menerusi kenyataan mangsa yang cedera, Nur Aliyana Naiza Abdul Halim, 22 tahun  diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibawa ke hospital Baling untuk menerima rawatan.

Manakala seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan stabil.

Janngan lupa subscribe

Kejadian  kepala air  itu berlaku kira-kira pukul  4.30 petang akibat hujan berterusan di kawasan itu sejak semalam.

BACA juga: [VIDEO] Tragedi Kepala Air: Jenazah 7 beranak selamat dikebumikan satu liang

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota APM Baling bersama dua ambulans bergegas ke lokasi bagi membantu mangsa sejurus menerima panggilan pada jam 4.55 petang.

Mangsa dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu datang ke kawasan rekreasi itu untuk beriadah sempena cuti umum Hari Kebangsaan semalam.

BACA juga: [VIDEO] Kejadian kepala air Pertak: Mangsa kedua lemas ditemui

UTAMABERITA Dua pengunjung terselamat insiden kepala air di Lata Bayu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium