Seekor harimau belang dilaporkan mati dipercayai dilanggar sebuah kereta di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat awal pagi tadi 16 Mei 2024.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang Rozidan Md Yasin berkata kejadian berkenaan dikatakan berlaku sekitar 1.23 pagi.
“Harimau jantan itu dianggarkan berusia empat tahun dengan berat sekitar 130 kilogram.
Menurut syarikat konsensi itu pihaknya telah mengambil langkah segera untuk menangani isu tersebut bersama polis dan Perhilitan bagi memastikan keselamatan semua.
“Beberapa langkah segera telah diambil termasuk membersihkan lokasi kejadian, mengalihkan bangkai harimau dan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.
“Kami sangat memahami kepentingan melindungi spesies yang terancam seperti harimau, dan komited untuk memastikan keselamatan serta pemuliharaannya,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, ANIH berharap masyarakat dapat bersama-sama dalam usaha mencegah kejadian serupa dan meningkatkan keselamatan ketika pemanduan agar dapat membantu pemuliharaan haiwan terancam berkenaan demi manfaat bersama dan generasi akan datang.
BACA juga: