[VIDEO] Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan - pakdin.my

Pelbagai alasan diberikan oleh wanita warga asing terbabit bagi mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyatakan bahawa mereka ke pusat hiburan tersebut atas jemputan rakan memandangkan hari ini cuti umum

GEORGE TOWN – Tukang cuci yang tidak menggunakan peralatan sebaliknya hanya menawarkan perkhidmatan dan aset untuk mencuci segala kegersangan lelaki hidung belang di pusat hiburan.

Bagaimanapun, perlakuan wanita warga asing itu terbongkar selepas mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar pada awal pagi tadi.

Operasi yang bermula jam 12 tengah malam itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Kanan, Izham Idris bersama 22 orang pegawai serta anggota telah memeriksa seramai 80 orang pengunjung pusat hiburan berkenaan.

Semakan ke atas dokumen mendapati mereka ini memiliki Pas untuk bekerja sebagai tukang cuci, pembantu restoran dan Pas lawatan sosial.

Pelbagai alasan diberikan oleh wanita warga asing terbabit bagi mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyatakan bahawa mereka ke pusat hiburan tersebut atas jemputan rakan memandangkan hari ini cuti umum selain mahu meraikan hari lahir kenalan kepada rakan.

Sementara itu menurut Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata seramai 15 orang wanita warga asing terdiri daripada 7 Thailand, 5 Vietnam dan 3 Indonesia yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun telah ditangkap kerana disyaki melanggar syarat-syarat Pas dan tinggal lebih masa.

Siasatan lanjut terhadap mereka akan dijalankan termasuk ke atas pemilik pusat hiburan berkenaan. Tindakan selaras peruntukan undang-undang akan dilakukan sekiranya terdapat elemen-elemen kesalahan di bawah Akta dan Peraturan-peraturan Imigresen.

BACA juga:

UTAMABERITA Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium