NASIONALJENAYAH / MAHKAMAH Kes tuntutan palsu: Bekas setpol, anak MB Perlis didakwa

[VIDEO] Kes tuntutan palsu: Bekas setpol, anak MB Perlis didakwa

Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu

Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di dua mahkamah berasingan atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000 pagi 23 Mei 2024.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata anak Mohd Shukri yang juga pemilik sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis, manakala bekas setiausaha politiknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Kedua-duanya akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 pada pukul lapan pagi,” katanya.

Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April.

Sementara itu, Mohd Shukri turut ditahan SPRM enam hari kemudian berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di Perlis sejak 2022 dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami