Majlis Peguam Wajar Tutup Firma Zain & Co @SUARAM_INTL


…….

Akhbar hari ini melaporkan bagaimana Firma guaman Zain & Co telah bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi. Rakan kongsi firma tersebut, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui SUARAM sebagai pertubuhan yang sah bagi meyakinkan peguam-peguam Perancis untuk mewakili pertubuhan tersebut dalam isu scorpene yang sebenarnya bukan isu.

Apa yang mengejutkan ialah firma ini mendapat banyak kontrak guaman dengan kerajaan Malaysia. Justeru, apa yang dilakukan oleh firma ini bukan setakat mengkhianati negara tetapi juga pelanggan mereka, sekali gus mengingkari peranan mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan, iaitu institusi yang sepatutnya memegang amanah tertinggi.

Bagi seseorang yang tidak mengambil tahu hal politik, tentulah melihat tiada apa-apa yang salah dengan tajuk yang penulis pilih di atas, berdasarkan laporan akhbar tersebut.

Namun, bagi yang cukup arif dengan perjalanan politik Malaysia tajuk yang penulis pilih itu amatlah melucukan. Ini kerana, bagaimana kita menuntut Majlis Peguam mengambil tindakan ke atas Zain & Co. kerana bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sedangkan Majlis Peguam sendiri merupakan sebahagian dari keseluruhan perancangan yang sama?

Tiada siapa boleh menafikan bahawa Majlis Peguam sering mengambil tindakan berat sebelah dan tidak professional dalam isu-isu yang membabitkan kerajaan Malaysia. Contohnya, dalam isu demonstrasi BERSIH, beberapa pemerhati telah mendedahkan bagaimana Majlis Peguam telah memutuskan bahawa polis telah bertindak ganas dengan hanya berdasarkan bukti yang memberi kelebihan kepada pihak pembangkang. Manakala bukti yang dikemukakan oleh polis langsung tidak diberi perhatian.

Sikap Majlis Peguam ini secara tidak langsung, membenarkan tuduhan pembangkang bahawa pendokong undang-undang Malaysia adalah korup dan tidak berintegriti. Tetapi, yang peliknya, pihak yang tidak berintegriti dan korup itu semuanya memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.

Lebih buruk lagi, Majlis Peguam tidak pula menunjukkan minat untuk menangani isu membabitkan ahli-ahli mereka yang bermasalah seperti menipu pelanggan, lembab dan terlibat dalam kes jenayah iaitu isu yang benar-benar melibatkan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan.

Sikap Majlis Peguam ini tidak lebih seperti politikus jalanan yang suka mencari publisiti murah semata-mata untuk memburukkan kerajaan.

Hakikatnya, kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Zain & Co. bukanlah kecil. Jika tindakan gagal dikenakan ke atas mereka, akan dengan sendirinya membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem, seseorang, sesuatu pihak yang bertanggungjawab dalam undang-undang negara ini.

Di masa yang sama, adalah lucu jika kita menyuruh Majlis Peguam yang mengambil tindakan terhadap firma tersebut kerana harapan sebegitu samalah seperti menyuruh seorang ketua perompak mengambil tindakan terhadap anak buahnya, dalam rompakan yang dilakukan bersama.

Advertisement

spot_img

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun...

Anwar masih ulang propaganda...

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri...

GPS takkan beri laluan...

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi...

Akar umbi UMNO sebulat...

Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada keputusan...

Nasib MN di Selangor,...

Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS...

Keluar Sarawak atau lupakan...

Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...