Giliran Generasi Baharu Felda Terima Durian Runtuh - pakdin.my

Projek Banglo Generasi Baharu Felda Dilaksanakan 2013

Paling cepat, projek banglo berkonsepkan pasang siap dengan harga RM70,000 seunit untuk generasi baharu Felda akan dilaksanakan tahun depan.

Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, setakat ini beberapa syarikat sudah menunjukkan minat terhadap projek berkenaan.

Banglo Pasang Siap Untuk Generasi Baharu Felda

Generasi baharu Felda dikejutkan dengan pengumuman peluang memiliki banglo berkonsepkan pasang siap dengan harga RM70,000 seunit oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata projek itu akan dilaksanakan di bawah Program Sentuhan Kasih.

Ansuran bulanan pinjaman bank pula kira-kira RM360.

Felda akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri untuk memohon tanah yang dikeluarkan daripada rancangan yang boleh dibangunkan projek rumah pasang siap itu.

Giliran Generasi Baharu Felda Terima Durian Runtuh

Selepas kumpulan peneroka dan isteri, kali ini giliran generasi baharu Felda pula menerima durian runtuh fasa ketiga berjumlah RM5,000 setiap seorang.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga membabitkan peruntukan lebih RM563 juta.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Generasi Baharu Felda di Universiti Teknologi MARA, UiTM Shah Alam, pagi tadi.

Pemberian itu katanya, membuktikan slogan Janji Ditepati bukan slogan semata-mata, tetapi sesuatu yang nyata ditunaikan, ditepati dan dibuktikan oleh kerajaan.

Beliau turut menyeru masyarakat Felda terutama golongan muda supaya tidak berasa selesa dengan kejayaan yang dikecapi Felda setakat ini.

Sebelum itu, Datuk Seri Najib turut meluangkan masa melawat gerai dan pameran serta beramah mesra bersama warga Felda.

UTAMAGiliran Generasi Baharu Felda Terima Durian Runtuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium