Perhimpunan Agung MIC Ke 66 – BN Akan Lakukan Yang Terbaik @Najib Razak - pakdin.my

+++

perhimpunan agong mic ke 66 najibRakyat harus menyedari perubahan yang cuba dibawa pembangkang, tidak akan menjamin kesejahteraan mereka.

Sebaliknya situasi kucar-kacir yang berlaku dalam pakatan berkenaan, sudah cukup menggambarkan apa yang akan terjadi jika mereka diberi peluang memegang tampuk pemerintahan.

Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berikrar, Barisan Nasional akan melakukan yang terbaik demi kesinambungan kecemerlangan negara.

Beliau yang juga Pengerusi BN berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-66 di PWTC pagi tadi.

Menurut Perdana Menteri – banyak janji pembangkang semasa pilihan raya lalu, tidak tertunai dan itu fakta jelas bahawa segala yang dijanjikan DAP, PAS dan PKR hanya bersifat retorik.

Untuk masyarakat India, Datuk Seri Najib menegaskan, sejak empat tahun menjadi Perdana Menteri, kelompok itu tidak pernah dipinggir dalam pentadbirannya, sebaliknya banyak inisiatif telah digerakkan.

Dakwaan terbaru pembangkang pula, mengenai 300 ribu masyarakat India yang tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil lahir turut disangkal Datuk Seri Mohd Najib.

Tegasnya jumlah yang terlibat hanya 9,000 dan separuh daripada mereka telah mendapat kad pengenalan masing-masing.

UTAMAPOLITIKPerhimpunan Agung MIC Ke 66 - BN Akan Lakukan Yang Terbaik @Najib...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium