back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    SPRM sita aset RM32 juta dari kediaman Tan Sri

    Kesemua barang dan aset disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai aset bernila kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri susulan siasatan melibatkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

    Sitaan itu melibatkan tas tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai selain kediaman mewah.

    Menurut sumber, sitaan itu susulan penggeledahan oleh Bahagian Siasatan SPRM di dua kediaman milik individu berkenaan yang terletak di ibu negara hari ini.

    “Menerusi penggeledahan ini, SPRM telah menyita 217 unit jam tangan mewah pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM5 juta, 27 unit tas tangan berjumlah lebih RM1 juta dan barang kemas berjumlah lebih RM4 juta.

    “Menerusi penggeledahan itu juga, SPRM turut menyita sembilan unit kenderaan mewah seperti Bentley, Mercedes-Benz dan Range Rover bernilai hampir RM7 juta,” katanya.

    Sumber berkata, susulan penggeledahan itu, SPRM turut menemui sebuah stor simpanan pelbagai jenis minuman berakohol mewah di salah sebuah kediaman yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta dan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penggubahan wang haram.

    “Dalam tindakan yang dijalankan itu juga, SPRM turut membuat sitaan ke atas sebuah unit kediaman mewah terletak di ibu negara dianggarkan bernilai sekitar RM12 juta yang dioercayai milik individu berkenaan,” katanya.

    Sumber turut menjelaskan kesemua barang dan aset disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

    Butiran Penyitaan

    Jam Tangan Mewah: 217 unit pelbagai jenama (anggaran nilai: RM5 juta).

    Tas Tangan Berjenama: 27 unit (nilai lebih RM1 juta).

    Barangan Kemas: Nilai melebihi RM4 juta.

    Kenderaan Mewah: 9 unit termasuk Bentley, Mercedes-Benz, dan Range Rover (nilai: RM7 juta).

    Minuman Alkohol Mewah: Stor khas ditemui di salah satu kediaman (anggaran nilai: RM3 juta).

    Kediaman Mewah: Sebuah kediaman mewah unit di ibu negara (nilai: RM12 juta).

    Latar Belakang Siasatan:

    Operasi ini berkaitan penyelewengan dana sukuk untuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang, dengan nilai projek sekitar RM1.30 bilion.

    Siasatan mendedahkan tuntutan palsu RM360 juta oleh empat individu (termasuk seorang “Datuk Seri”) antara 2016–2017.

    Aset disita di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta AMLA 2001 (pencegahan pengubahan wang haram).

    Kesimpulan

    SPRM sedang menyiasat kaitan aset-aset ini dengan aktiviti haram, termasuk pengubahan wang melalui pembelian barang mewah. Kes ini menunjukkan komitmen agensi membasmi rasuah berskala besar.

    BACA juga:

    Rasuah permohonan pengesahan taraf warganegara: Dua pegawai KDN antara tiga yang ditahan SPRM

    [VIDEO] SPRM Tahan Lima Individu, Sita 1.6 Juta Liter Diesel Dan Wang Tunai RM3.7 Juta

    [VIDEO] Tiga lagi pertuduhan terima wang haram dihadapi Muhyiddin masih kekal- AG

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Send this to a friend