Projek IC: Tun Abdullah sangkal dakwaan Anwar - pakdin.my

“Dia (Anwar) selalu menyalahkan orang lain, dia tuduh lepas itu dia cuci tangan. Saya kenal dia sangat,”

Abdullah-Ahmad-BadawiKEPALA BATAS 2 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyangkal dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau turut terbabit dalam Projek IC, iaitu memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang di Sabah.

Abdullah berkata, tindakan Ketua Pembangkang itu menuduhnya terbabit dalam Projek IC itu adalah semata-mata mahu menutup kesalahan sendiri.

“Mana ada saya terlibat… bohong. Saya dah kata tak terlibat, habislah… noktah. Saya memang tidak terlibat dengan perkara itu (Projek IC).

“Dia (Anwar) selalu menyalahkan orang lain, dia tuduh lepas itu dia cuci tangan. Saya kenal dia sangat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) di sini, hari ini.

Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Anwar dalam laporan sebuah akhbar bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sepatutnya turut menyiasat Abdullah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terbabit dengan projek berkenaan.

Anwar juga mendakwa projek memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang tidak berakhir pada tahun 1990-an dan ia berterusan semasa pentadbiran Abdullah dan berlanjutan sehingga tahun lepas meliputi pentadbiran Najib.

Sebelum itu, Abdullah menyerahkan BR1M 2.0 fasa pertama kepada 262 masyarakat Cina di kawasan Parlimennya di Dewan Tokong Tau Bo Keong, di sini.

Sebelum ini, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa Anwar terbabit secara langsung dalam projek memberi kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah pada tahun 1990-an.

Anwar, pemimpin umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Dr. Mahathir, menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah dan bersedia memberi keterangan kepada RCI jika dipanggil untuk berbuat demikian. –

UTAMAPOLITIKProjek IC: Tun Abdullah sangkal dakwaan Anwar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium