BERITAPOLITIKRamai berdoa BN kembali tadbir negara

Ramai berdoa BN kembali tadbir negara

“BN tidak boleh menang dengan kelemahan parti lain. Kami mahu rakyat lihat keikhlasan kami

Barisan Nasional (BN) dianggap berada pada landasan terbaik untuk kembali memperkukuhkan kedudukannya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan pergolakan dalaman yang melanda Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, ramai pengundi di luar sana berdoa agar BN kembali menerajui negara.

“Saya tak pernah ragu-ragu dengan kekuatan BN, malah ramai pengundi di luar sana berdoa untuk BN kembali menerajui negara,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Nurul Amal berkata, konflik yang dihadapi gabungan parti lain perlu dijadikan pengajaran kepada UMNO dan BN untuk lebih menyatukan parti dan barisan.

Beliau turut menegaskan bahawa BN tidak seharusnya dilihat sebagai pilihan semata-mata kerana kelemahan parti lawan, sebaliknya rakyat perlu menilai berdasarkan rekod pentadbiran dan tawaran yang dibawa BN.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, BN sememangnya mengharapkan sokongan rakyat kembali kepada mereka.

“BN tidak boleh menang dengan kelemahan parti lain. Kami mahu rakyat lihat keikhlasan kami,” ujarnya.

Razlan menambah bahawa BN kini lebih stabil selepas menyelesaikan isu pertikaian dalaman yang pernah menjejaskan parti pada pilihan raya sebelum ini.

Beliau juga menekankan bahawa banyak pencapaian dan dasar semasa adalah hasil daripada kepimpinan BN terdahulu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami