UtamaNASIONALKenalan Facebook komander kumpulan...

Kenalan Facebook komander kumpulan pengganas Kiram, Amirbahar ada hubungan keluarga #LahadDatu - pakdin.my

Facebook Datu Amirbahar Hushin Kiram
Facebook Datu Amirbahar Hushin Kiram

Seramai 39 daripada 183 kenalan komander kumpulan pengganas Kiram, Datu Amirbahar Hushin Kiram di laman sosial Facebook dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau.

Andaian itu dibuat berdasarkan kepada perkataan ‘Kiram’ yang terdapat pada profail rakan-rakan Facebook ‘Menteri Pertahanan Sulu’ itu yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia pada 23 Mac lalu.

Merujuk kepada profailnya, Amirbahar yang berasal dari Jolo di Sulu, Filipina menguasai bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog dan Tausug.

Beliau meminati akaun Facebook milik penyanyi Amerika Syarikat, Nubia Emmons; syarikat produksi filem, Doghouse73 Pictures dan Norwegian Funny Sharing.

Pada profail Amirbahar, tertera gambar beliau bersama seorang wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.

Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.

Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya bakau berdekatan Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu yuan Cina.

Jika tinjau gambar pada facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, menunjukkan seolah-oleh ada taklimat yang dibuat oleh Amirbahar Kiram ini pada sekumpulan lelaki.

amirbaha2

Untuk rekod, puak yang dakwa ‘tentera kesultanan Sulu’ ini mula ceroboh Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak berkuasa 12 Febuari.

Selain gambar taklimat, ada juga gambar seperti bekalan logistik baru sampai, selain gambar Amirbahar bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.

 

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...