SUARAM Gelabah Persoalan Tentang Orion Strategies Timbul

ops kantoi suaram

Kes skandal rasuah berkenaan Scorpene yang sering dimainkan Pakatan Rakyat telah dibuktikan sebagai satu penipuan apabila Mahkamah Perancis mengesahkan bahawa aduan yang dibuat SUARAM telah ditolak kerana tidak berasas. SUARAM juga didapati menipu tentang nama-nama mereka yang menerima sepina, dokumen-dokumen serta penglibatan ‘penterjemah’ dalam beberapa rundingan pembelian kapal selam tersebut. Malah, polis Perancis juga mengesahkan bahawa tiada siapa yang bernama Altantuya Sharibuu pernah memasuki Perancis ketika tempoh rundingan tersebut sedang berjalan.

Apabila penipuan mereka terbongkar, fakta dicampurkan di sana sini yang menjadikan ‘cerita’ mereka tidak konsisten, terbuktilah SUARAM membuat-buat cerita. Yang membawa kepada satu persoalan: Memandangkan kematian Altantuya adalah satu-satunya perkara yang terjadi dan selainnya hanyalah penipuan semata-mata, adakah SUARAM yang terlibat dalam kes bunuh tersebut? Persoalan tersebut masih lagi tidak terjawab…

Namun, tiada persoalan lagi bahawa segala penipuan yang dibuat SUARAM telah terbongkar dan perkara ini memaksa NGO tersebut untuk ‘bersembunyi’ seketika. Walaupun bersembunyi, terbongkar lagi rahsia SUARAM dimana pertubuhan tersebut mempunyai hubungan dengan George Soros, melalui pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dengan misi pertukaran rejim di seluruh dunia. SUARAM telah dibiayai sepenuhnya oleh Soros melalui pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan beliau.

Baru-baru ini, satu lagi dokumen yang dikeluarkan oleh SUARAM kepada pemimpin tinggi PKR pada 22 Mei 2011 telah tersebar luas di internet. Dokumen tersebut mengandungi agenda yang membuktikan bahawa penipuan ‘scorpene-Altantuya’ adalah benar. dimana, untuk menunjukkan satu ‘rompakan Malaysia terbesar’, yang boleh membantu PR untuk menang pada PRU-13 dan untuk memaksa kerajaan supaya mendedahkan semua penjual dan pembekal bagi Kementerian Pertahanan.

Tidak syak lagi bahawa SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan bebas, SUARAM hanyalah senjata PR yang mempunyai hubungan dengan pihak luar. Walaupun rahsia mereka kini dibongkar, SUARAM masih tidak mahu mengaku kalah kerana misi mereka masih belum selesai.

Dengan itu, SUARAM telah mengadakan sidang akhbar semalam, 23 April 2013, untuk menghidupkan semula kes scorpene dan Altantuya. Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan pilihan raya akan dijalankan tidak lama lagi.

Apa yang mungkin akan mengejutkan SUARAM adalah, tuan mereka di Barat bukanlah satu-satunya yang mampu ‘mengorek’ maklumat rahsia.

Melalui emel SUARAM sendiri yang ‘bocor’, segala kesangsian terhadap hubungan SUARAM dengan Soros, serta Neo-Con Zionis kini telah disahkan. Dengan itu, sahlah bahawa PKR atau PR benar-benar mempunyai hubungan bersama Zionis-zionis tersebut.

Emel yang ‘bocor’ tersebut pada mulanya didedahkan oleh Free Malaysia Today, menyatakan bahawa syarikat yang dikenali sebagai Orion Strategies didapati telah mengaturkan perjumpaan antara Kongres serta Senator Amerika bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel. Syarikat tersebut dikatakan telah memberikan penerangan kepada ahli-ahli politik Amerika terhadap keadaan keganasan selepas pilihan raya serta masalah di Malaysia.

Orion Strategies diketuai oleh bekas Penasihat Setiausaha Pertahanan AS, Randy Scheunemann, yang banyak mewakili ahli politik haluan kanan di AS serta antara pemimpin yang banyak membela kerajaan Israel. Kumpulan ini terkenal dengan sikap mereka yang gemar mengadakan kempen untuk memburuk-burukkan ahli politik AS dan mereka merupakan aset penting bagi Israel.

Scheunemann ‘diiktiraf’ apabila beliau membantu untuk menubuhkan Jawatankuasa bagi Pembebasan Iraq (Committee for the Liberation of Iraq), yang membawa kepada perang media AS sebelum serangan dilakukan ke atas Iraq pada tahun 2003 – perang yang membawa kepada kematian 120,000 umat Islam yang tidak bersalah. Kemudian, Scheunemann membantu menubuhkan Jawatankuasa Kecemasan untuk Israel (Emergency Committee for Israel), sebuah organisasi yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel serta Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.

Naib Presiden Orion, Michael Goldfarb pula telah melancarkan kempen bagi memburuk-burukkan Presiden Barack Obama ketika pilihan raya AS yang lalu, dengan menuduh Presiden Obama bahawa beliau mempunyai hubungan dengan musuh Israel.

Cynthia semestinya tidak menyangka bahawa beliau akan diserang dengan soalan terhadap aturan yang dibuat oleh Orion bagi perjumpaan beliau di Washington pada bulan Mac, jelas, bagi misi untuk melobi seperti yang dinyatakan dalam emel tersebut. Beliau dikatakan berjumpa dengan pihak AS bersama Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre. Ini membuktikan bahawa Merdeka Centre juga merupakan senjata bagi puak pembangkang, seperti yang telah dijangka.

‘Lawatan’ tersebut bagaimanapun, telah ditangguhkan.

Cynthia mungkin panik dan tertanya-tanya bagaimana maklumat tersebut tersebar walaupun beliau telah memastikan bahawa blogger serta webmaster tidak mendedahkan perkara ini kepada wartawan yang menghadiri sidang akhbar tersebut.

Kita tidak perlu melihat jauh untuk mengagak apa yang akan dilakukan seterusnya oleh SUARAM ataupun pembangkang. ‘Prospek keganasan selepas pilihan raya dan masalah’ yang dinyatakan dalam emel SUARAM sudah cukup untuk menunjukkan bahawa BERSIH akan bertindak untuk memulakan ‘keganasan dan kekacauan’ jika PR kalah dalam PRU-13.

Jadi, pesanan buat SUARAM, segalanya sudah tamat. SUARAM mungkin boleh menipu Soros kononnya misi ini masih lagi berjalan, namun SUARAM tidak boleh menipu rakyat. Mengaku kalah sahaja, tidak perlu lawan lagi.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...