Felda diminta siasat kilang dikuasai kaum tertentu - pakdin.my

UMNO Pulau Pinang meminta pihak pengurusan Felda menyiasat dakwaan pentadbiran kilang gula milik agensi itu di Perai dekat sini, dimonopoli kaum tertentu.

Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sebagai sebuah kilang milik Felda pengurusan kilang itu sepatutnya dikuasai bumiputera.

“Sejak Felda mengambil alih kilang gula ini, berapa ramai bumiputera yang menjadi pentadbir tertinggi di kilang ini?

“Berapa banyak syarikat bumiputera pula yang berurus niaga di kilang ini?,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Kilang gula Felda di Perai itu dimiliki anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) iaitu MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Holdings).

Musa berkata, beliau mendapat maklumat kilang gula itu didakwa tidak memberi peluang kepada bumiputera berada dalam pentadbiran tertinggi sebaliknya dimonopoli kaum tertentu.

msm-prospectus-launch-group

UTAMAPOLITIKFelda diminta siasat kilang dikuasai kaum tertentu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium