BERITAPunca Pensyarah IPTA Bunuh Isteri Dan Kelar Diri Sendiri Sampai Mati Masih...

Punca Pensyarah IPTA Bunuh Isteri Dan Kelar Diri Sendiri Sampai Mati Masih Dalam Siasatan

Ghazalee dan Norazlina

Sehingga kini, pihak polis masih menyiasat punca kenapa lelaki berkenaan bertindak sedemikian.

Namun hasil siasatan awal, pihak polis mendedahkan dalam sebuah laporan berita, ia berpunca dari konflik rumah tangga yang kini dalam proses penceraian di mahkamah. Laporan itu juga menyebut, masalah perkahwinan dipercayai menjadi punca tragedi.
Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong, berkata dalam kejadian jam 5 pagi itu, wanita berkenaan ditemui terlentang di luar bilik hotel dalam keadaan berlumuran darah dengan hanya memakai coli dan seluar dalam. Katanya, berdasarkan keterangan seorang pekerja hotel, beliau terdengar suara seorang wanita menjerit sebelum pergi ke bilik yang berada di tingkat yang sama dengan lobi hotel itu.

Jelas Mohd Shukor lagi, pekerja hotel itu mendakwa ternampak lelaki terbabit menikam kepala wanita itu sebelum melarikan diri dan melaporkan perkara itu kepada polis. Ketika ditemui, lelaki itu hanya memakai seluar pendek dan masih bernyawa.

Bagaimanapun, dia mati ketika dalam perjalanan ke hospital. Wanita itu mungkin mahu keluar menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya dan ditikam sebelum rebah di pintu bilik.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami