Tragedi bot terbalik di Mukah, Sarawak.
Satu lagi mayat wanita ditemui pagi tadi.
- Advertisement -
Ia menjadikan angka korban setakat ini, 10 orang.
Mayat Ibong Rais, 69 tahun ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Pengecaman dibuat sepupunya, Yasin Dolahan yang menunggu di jeti Kampung Saai.
Mayat mangsa ditemui antara Tanjung Bubus dan Teluk Geligai kira-kira 7 kilometer dari lokasi kejadian.
Mayat dibawa ke Hospital Daro untuk bedah siasat.
Seorang lagi penumpang yang nasibnya masih tidak diketahui ialah Mahdani Akim, 56 tahun yang juga seorang imam di Kampung Tekajong.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat ketika ini masih diteruskan.