Pemansuhan SST bakal diumum Mac ini - pakdin.my

gst 1 M

Kerajaan bakal mengumumkan pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada Mac ini di Parlimen bagi memberi ruang kepada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015

Segala perincian akan dimaklumkan pada hari berkenaan yang turut akan diberitahu tarikhnya kelak.

Walaupun kerajaan sudah lama bersedia dengan penggunaan GST pihaknya masih giat menjalankan promosi menerusi media cetak dan elektronik bagi membolehkan perkara berkenaan difahami rakyat sepenuhnya.

Kerajaan akan mengeluarkan panduan harga atau ‘shoppers guide’ tiga bulan sebelum pelaksanaan penuh GST pada tahun depan mengandungi senarai perbezaan harga.

Kementerian Kewangan mengecam perbuatan sesetengah peniaga yang sudah mengenakan GST kepada pengguna, dilihat berlaku di beberapa premis sekitar ibu negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan Khamis mengeluarkan arahan melarang restoran atau hotel daripada mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas pelanggan mereka sebelum 1 April 2015.

Sudah ada restoran atau peniaga yang mengenakan GST, dan meletakkan cukai itu dalam resit pelanggan sebelum tarikh yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini.

“Apabila ditanya, mereka ini memberitahu bahawa GST ialah ‘Government Service Tax’ (Cukai Perkhidmatan Kerajaan).

Perbuatan ini patut dihentikan… tidak ada mana-mana kedai menggunakan perkataan GST. Tidak ada perkara yang disebut sebagai ‘Government Service Tax’. Yang wujud cuma cukai perkhidmatan dan cukai jualan sahaja.

GST yang ditetapkan pada kadar 6 peratus akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus, yang pada masa ini dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu, seperti makanan dan minuman dalam perkhidmatan restoran serta hotel.

UTAMAEKONOMIPemansuhan SST bakal diumum Mac ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium