Khalid Ibrahim maklumkan Sultan dan Exco ingin kekal MB - pakdin.my

KHALID-SULTAN

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat mengaku sudah mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa beliau ingin kekal dalam jawatannya sebagai menteri besar.

Abdul Khalid yang membuat pengakuan itu dalam satu sidang media turut memaklumkan beliau sudah mmenemui semua barisan Exco kerajaan negeri Selangor dan menyatakan pendiriannya mahu kekal dalam jawatan yang disandangnya sekarang.

Kenyataan itu mengesahkan apa yang Abdul Khalid tegaskan dalam program Soal Jawab yang disiarkan oleh TV3 malam kelmarin bahawa beliau akan terus mempertahankan jawatannya selagi diterima oleh rakyat.

Abdul Khalid dalam program itu juga mengakui terdapat desakan kumpulan tertentu supaya beliau berundur namun bertegas tidak akan sesekali tunduk.

Spekulasi mengenai jawatan MB yang disandang Abdul Khalid bakal bertukar milik tambah kencang ekoran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti.

UTAMAPOLITIKKhalid Ibrahim maklumkan Sultan dan Exco ingin kekal MB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium