BERITACCTV Rakam Gerak-Geri Dua Individu Guna Pasport Palsu #PrayForMH370

CCTV Rakam Gerak-Geri Dua Individu Guna Pasport Palsu #PrayForMH370

CCTV Rakam Gerak-Geri Dua Individu Guna Pasport Palsu #PrayForMH370
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya ketika sidang media di KLIA

SEPANG: Gerak-geri dua penumpang misteri yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 menggunakan pasport palsu berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata rakaman CCTV itu akan digunakan untuk siasatan oleh jabatan tersebut.

“Kami ada rakaman CCTV dari permulaan daftar masuk sehingga ke balai berlepas,” katanya pada sidang media di sini Ahad.

Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan tersebut, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.

Terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut.

Menurut laporan akhbar di Itali yang memetik Kementerian Luar Itali sebagai berkata, pasport Maraldi telah dicuri pada Ogos tahun lalu di Thailand.

Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.

Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel “selamat dan berada dalam keadaan baik. “

Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami