BERITAPRK Bukit Gelugor: Walau PAS Bantu Kempen, Ramkarpal Tetap Tolak Hudud

PRK Bukit Gelugor: Walau PAS Bantu Kempen, Ramkarpal Tetap Tolak Hudud

PRK Bukit Gelugor: Walau PAS Bantu Kempen, Ramkarpal Tetap Tolak Hudud
Poster kontroversi yang disiasat DAP mengenai hukum hudud.

GEORGE TOWN: Biarpun PAS menyokong pencalonan anak mendiang Karpal Singh bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, sebaliknya Ramkarpal Singh Deo tetap menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan hukum hudud.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tetap dengan pendirian parti (menentang hudud),” katanya pada sidang media di Pusat Operasi Utama DAP bagi PRK Bukit Gelugor di Jalan Besi, Air Itam di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas poster kempen DAP yang tertera perkataan ‘Hudud For All’ yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Ramkarpal, poster tersebut tiada kaitan dengan DAP dan yakin ia didalangi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ia tiada kaitan dengan kami dan bukan datang dari kami. Pendirian DAP tetap tidak berubah. Saya berharap poster itu akan diturunkan,” katanya.

Ramkarpal berharap agar lawannya bersaing secara sihat dengan mengetengahkan isu yang lebih penting daripada mengubahsuai poster tersebut untuk kepentingan pihak tertentu.

Sementara itu, Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap mana-mana calon yang menggunakan lambang negeri dalam poster kempen masing-masing.

“Kerajaan negeri tidak pernah membenarkan penggunaan lambang rasmi dalam mana-mana poster kempen. Ia salah disisi undang-undang. Satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami